Menu
Kereta_Api_Kawasan_Ibu_Negara Rangkaian kereta apiSistem rangkaian Kereta Api Kawasan Ibu Negara disusun mengikut nombor dengan beberapa pengecualian (lihat jadual di bawah) yang dianggap sebagai laluan transit laju bandar yang terletak di kawasan ibu negara Seoul. Laluan–laluan komuter yang dikendalikan oleh Korail menyediakan perkhidmatan komuter seperti metro yang biasanya menjangkau sehingga luar sempadan kawasan ibu negara, di mana ia agak serupa seperti sistem RER di Paris, Perancis. Waktu operasi mungkin berbeza bergantung pada laluan itu dan rata-rata rangkaian kereta api ini beroperasi dari 5.30 pagi hingga 1 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup lebih awal (12 tengah malam) ketika hujung minggu.
AREX merupakan laluan kereta api penghubung yang menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIA) dan Lapangan Terbang Gimpo dengan Seoul. Ia menawarkan perkhidmatan ekspres ke IIA serta khidmat komuter yang berhenti di semua stesen untuk penduduk yang tinggal di kawasan sekitar laluan ini.
Menu
Kereta_Api_Kawasan_Ibu_Negara Rangkaian kereta apiBerkaitan
Keretapi Tanah Melayu Kereta elektrik Kereta api Maglev Kereta Kereta Api Kunming–Singapura Kereta kebal tentera Jepun Kereta api Bukit Bendera Kereta kebal M4 Sherman Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura Kereta kebal di Kesatuan SovietRujukan
WikiPedia: Kereta_Api_Kawasan_Ibu_Negara